Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.
Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.
Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan liar termasuk berjenis-jenis bunga orkid, pokok ara dan epiphytes.
No comments:
Post a Comment