Pekan merupakan sebuah daerah dan bandar diraja di Pahang Malaysia. ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan dan berhampiran dengan laut cina selatan serta tebing selatan sungai Pahang. Pekan adalah bandar yang agak terkenal di Pahang disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuanatan. Di daerah ini terdapat banyak sekolah berasrama penuh yang didirikan seperti Sekolah sains Sultan Haji Ahmad Shah, dan Sekolah Berasrama Penuh intergrasi Tub Abdul Razak. Bandar ini boleh dijadikan tempat untuk pengunjung berkunjung kerana bandar ini terkenal dengan keunikkannya yang tersendiri. Sebagai contoh terdapat bangunan lama peninggalan sejarah waktu penjajahan dahulu.
No comments:
Post a Comment