Monday, 11 December 2017

Using html codes in notepad/blog


cv poster





TASIK CHINI

Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Alam semula jadi yang terdapat di tasik ini adalah amat menakjubkan, pengunjung dapat menikmati pemandangan ekosistem yang cukup unik. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan, tasik ini mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri. Hal ini menambah lagi minat pengunjung untuk datang.



DEERLAND

Deerland terletak tidak jauh dari Santuari Gajah Kuala Gandah dan Rizab Hidupan Liar Krau, Bukit Tinggi. Satu lagi pusat haiwan yang menarik dibuka untuk lawatan. Ini mempunyai 4 hektar ladang rusa sendiri dengan lebih daripada 30 rusa Indonesia (Cervus timorences), selain rusa, terdapat juga beruang matahari, ular, monyet dan sebagainya.

Deerland adalah tempat dimana pengunjung yang suka akan hidupan liar mengunjungi. Di sana terdapat pelbagai spesis rusa yang datang dari pelbagai pelusuk dunia. Destinasi ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat kunjungan sebuah Keluarga.




KOLAM AIR PANAS BENTONG.

Kolam Air Panas Bentong terletak di tepi laluan persekutuan Jalan Kuala Lumpur  dalam daerah Bentong, Pahang. Menggunakan Lebuhraya Karak , pemandu perlu mengambil persimpangan keluar pertama yang memasuki Bentong selepas keluar dari tol Karak. Tiba di hujung simpang, pemandu perlu belok ke kiri dan memandu sejauh kira-kira 9.8km untuk tiba ke kolam air panas ini.

Kolam air panas ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian air panas dan dan bahagian air biasa. Kebanyakkan pengunjung akan lebih tertarik untuk mencuba kolam air panas walaupon perlu dibayar sebanyak RM10 sekepala. Kesegaran yang dirasai selepas berendam di dalam kolam tersebut sangat baik. Ia mampu menambah tenaga serta melegakan tubuh badan pengunjung yang mandi di situ.

Terdapat juga Resort yang berhampiran dengan kolam tersebut yang boleh dijadikan tempat persinggahan pengunjung sekiranya ingin bermalam di sana.



MASJID SULTAN AHMAD SHAH

Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan sebuah masjid yang terbesar di negeri Pahang dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal. Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.



Keindahan masjid ini bukan sahaja untuk menjadi tatapan sahaja bagi kaum islam, namun menjadi salah satu cara untuk menarik penganut agama islam untuk datang dan beribadat di sini. Kebanyakkan pengunjung akan terkagum dengan kecantikan senibina masjid ini.

GUNUNG TAHAN

Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter), merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, Gunung Tahan adalah lebih rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan.


seperti di kawasan gunung yang lain, gunung ini penuh dengan hidupan flora dan Fauna, oleh itu bagi yang ingin merasakan pengalaman untuk mendaki antara gunung yang tertinggi di Malaysia boleh menjadikan Gunung Tahan sebagai destinasi anda.

TAMAN RIMBA KENONG

Taman Rimba Kenong merangkumi kawasan seluas 121 kilometer persegi di Lembah Kenong yang terletak di barat-daya Taman Negara.
Taman ini mengandungi beberapa buah gua batu kapur yang menakjubkan. Bunyi nyanyian burung dan deruan air terjun yang berdekatan memecahkan suasana tenang dan sunyi di sini.
Setiap gua batu kapur di sini terletak sejauh setengah jam perjalanan merentas hutan. Gua yang paling menarik ialah Gua Batu Tinggi yang menyerupai sebuah sampan tebuk. Sungai Kenong mengalir deras menerusi gua ini.

Masyarakat tempatan mempunyai cerita dongeng mengenai gua ini di mana menurut mereka gua ini dahulunya terbentuk apabila sebuah sampan yang membawa pengutus Raja dari Pekan bertukar menjadi batu. Gua ini terletak di aras antara 122 hingga 152 meter dari paras laut.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis tumbuhan liar termasuk berjenis-jenis bunga orkid, pokok ara dan epiphytes.

Bagi penggemar alam semula jadi, jadikan ini sebagai salah satu destinasi wajib anda kerana anda akan memperoleh pengalaman yang menakjubkan di sini sambal menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah.


TAMAN NEGARA

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.

GUNUNG SENYUM

Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki).Gunung Senyum mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik. Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait. Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN. Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular. Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya. Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.



Destinasi ini adalah sesuai bagi penggemar alam kerana keunikan gua serta tumbuhan yang terdapat di sini cukup mengujakan. Pengunjung juga akan mempunyai pengalaman untuk meneroka pelbagai jenis gua yang terdapat di gunung Senyum.


AIR TERJUN LUBUK YU, MARAN

Air terjun Lubuk Yu terletak di daerah Maran, Pahang. ia berdekatan dengan Tanah Felda Jengka dan university Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam dan Hutan lipur Teladas. Air terjun ini juga terletak 30 km dari bandar maran dan 100 km dari bandar Kuantan. Nama air terjun ini diambil bersempena nama kesan air terjun yang berbentuk huruf U. Pengunjung perlu melalui kawasan kebun getah sjauh dua kilometer dari jalan utama.


Keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini perlu dinikmati sendiri oleh pengunjung bagi merasai keunikan alam semula jadi dan kesegaran udara yang dapat memberi ketenangan.



ENDAU ROMPIN

Taman Negara Endau Rompin merupakan sebilangan kecil hutan hujan tropika Tanah pamah di Malaysia. Ianya terletak di Legeh Sungai Endau dan sungai Rompin Johor bersempadan dengan negeri Johor. Hutan simpan yang terdapat di sini juga dianggarkan berumur 250 juta tahun. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang menarik  seperti Keruing, meranti, paku pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, sebanyak 25 spesis tumbuhan yang baru ditemui dalam sebuah ekspedisi sains.
Di taman ini, terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah, badak sumbu, binturong, ungka Tangan Putih dan juga beberapa spesis serangga dan burung yang jarang dijumpai. Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman negeri ini. Salah satunya adalaha Air terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan yang tercantik di sini.



PEKAN

Pekan merupakan sebuah daerah dan bandar diraja di Pahang Malaysia. ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan dan berhampiran dengan laut cina selatan serta tebing selatan sungai Pahang. Pekan adalah bandar yang agak terkenal di Pahang disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Kuanatan. Di daerah ini terdapat banyak sekolah berasrama penuh yang didirikan seperti Sekolah sains Sultan Haji Ahmad Shah, dan Sekolah Berasrama Penuh intergrasi Tub Abdul Razak. Bandar ini boleh dijadikan  tempat untuk pengunjung berkunjung kerana bandar ini terkenal dengan keunikkannya yang tersendiri. Sebagai contoh terdapat bangunan lama peninggalan sejarah waktu penjajahan dahulu.




TEMERLOH

Temerloh merupakan sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang yang terletak di persimpangan antara sungai semantan dan sungai Pahang. Temerloh juga merupakan bandar kedua yang terbesar di Pahang selepas Kuantan. Bandar ini merupakan sebuah bandar yang menjalankan aktiviti perdagangan pada masa dahulu kerana lokasinya yang strategik . Ianya diwujudkan pada satu julai 1889. terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung. Antara tarikan utama yang menjadi tumpuan ialah masakan gulai ikan patin yang secara asasnya makanan orang Pahang. Terdapat banyak restoren yang menyajikan makanan berasakan ikan patin kerana di sana terdapat kolam ikan patin yang diternak oleh penduduk tempatan.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sungai Pahang yang boleh dilihat dari jalan utama bandar tersebut. Terdapat sebuah jambatan gantung yang boleh digunakan oleh pengunjung bagi melihat pemandangan dari atas sungai dengan lebih dekat. Bot juga disediakan oleh penduduk tempatan bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk meneroka sungai Pahang.



BENOM HILL

Gunung benom merupakan sebuah gunung yang terletak di negeri Pahang. Gunung benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Gunung ini juga merupakan gunung yang ke 10 tertinggi di Malaysia dan merupakan gunung yang kedua tertinggi di Pahang selepas gunung Tahan.Banjaran gunung tahan terletak dinatara sempadan tiga buah daerah iaitu jerantutTemerloh dan Raub. Secara amnya kawasan ini merupakan kawasan berbukit bukau dengan Tanah rendah yang mendatar dan juga terdapat juga kawasan yang berpaya.





Terdapat 2 trek hutan yang boleh dilalui oleh pendaki untuk sampai ke puncak gunung ini. laluan pertama adalah daripada Latta Berembun di Raub, Pahang, dan laluan kedua dari pos Perlok di ulu Cheka jerantut.


Laman Persona

Ming He Yuan merupakan sebuah resort yang terdapat di Laman Persina Raub Pahang. Lokasinya mudah diketemui oleh pengunjung kerana terletak di tengah-tengah bandar Raub. Ming He Yuan merupakan kawasan ekopelancongan yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pengunjung yang terdiri daripada Keluarga, pasangan mahupun individu. Laman persona juga merupakan sebuah resort dimana pasangan yang baru sahaja berkahwin boleh dating dan menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk berbilan madu. Hal ini kerana kemudahan seperti Restoren, Gym malah zoo kecil juga turut disediakan. Tambahan pula, pengunjung dapat melihat pemandangan penuh bandar Raub kerana kedudukannya yang agak tinggi di atas bukit.



Terdapat juga tempat menarik seperti Taman burung di puncak bukit resort dan terdapat sebuah kolam yang membenarkan pengunjung mengayuh bot di dalamnya. Sekiranya pengunjung berasa penat berjalan kaki, mereka ada menyediakan perkhidmatan basikal yang membolehkan para pengunjung menunggangnya di sekitar kawasan resort.

Saksikan keindahan yang terdapat di resort ini sendiri dan semestinya anda akan menikmatinya lebih-lebih lagi bersama insan yang tersayang.

AIR TERJUN CHAMANG

Air terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang dala kawasan hutan simpan kekal Bukit tinggi di daerah Bentong, Pahang. Papan tanda menunjukkan jarak dari jalan tras yang terletak di laluan lebuhraya Gua Musang. Ia terletak lebih kurang 9km daripada bandar bentong melalui jalan bentong Raub. Di hilir air terjun ini terdapat jambatan gantung pejalan kaki yang merentasi sungai untuk ke seberang.



Kesegaran air terjun semulajadi ini tidak boleh dinafikan akan memberi kepuasan kepada pengunjung pada setiap kali mereka mandi di sini. Tambahan pula dikelilingi dengan tumbuh-tumbuhan serta hidupan flora yang lain akan menambah seri pemandangan yang boleh dilihat semasa bermandi manda. Oleh itu, ini merupakan destinasi yang perlu dituju oleh para oengunjung apabila dating ke Pahang.


BUKIT FRASER

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang di atas banjaran titiwangsa Malaysia. Ia merupakan kawasan perlancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya yang sejuk hingga mencecah 17-24 celcius. Puncak tertinggi bukit ini ialah 1,1310 meter dari paras laut. Kira-kira 104 km dari bandar raya kuala lumpur. Bukit fraser mendapat nama dari seorang pengembara british pada zaman colonial iaitu Louis James Fraser.


Kebanyakkan bangunan yang dibina di sini dibina mengikut citarasa colonial british. Dinding rumah dan batuan konkrit besar disusun lalu disimen. Pagar rumah diperbuat daripada pokok-pokok bunga. Namun begitu hanya terdapat dua lorong jalan yang boleh digunakan oleh kereta untuk naik dan turun. Keindahan alam semulajadinya akan menarik menarik minat ramai pelangcong untuk terus dating ke sini berkali-kali. Bagi pengunjung tempatan, mereka akan merasakan seperti berada di sebuah perkampungan british kerana seni bina bangunannya.



KUALA GANDAH

Pusat perlindungan Gajah kuala gandah berdekatan dengan Hutan simpanan Hidupan liarKrau. Pusat ini tertubuh pada 1985 dan pada mulanya terdapat 12 ekor  gajah termasuk dua ekor gajah berumur 70 tahun. Pusat perlindungan Gajah Kuala Gandah memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang haiwan mamalia yang besar ini.. Pengunjung juga akan memperoleh pengalaman untuk menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang pemandu gajah.

Gajah-gajah yang tedapat di sini diselamatkan dari tempat-tempat yang terdapat di semenanjung. Hal ini kerana gajah-gajah ini perlu diasingkan dengan manusia kerana mungkin akan memberi ancaman kepada mereka sekiranya manusia menganggu habitat gajah-gajah tersebut. Pusat ini akan dibuka pada 8 am hingga 4.30 pm pada tiap-tiap hari.



LATA JARUM

Lata Jarum merupakan kawasan air terjun yang terletak di Daerah Raub, Pahang. Tempat mandian awam ini sering sahaja menjadi destinasi bagi keluarga yang ingin berkelah ataupun individu yang ingin merasakan kedinginan air semulajadi yang terdapat di sana. Kedudukanya yang terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Dong agak sukar untuk dicari oleh pengunjung kerana jauh dari jalan utama dan berada di pinggir kampung.

Keindahan flora dan fauna yang terdapat di sana tidak dapat disangkal lagi kerana terdapatnya tumbuhan-tumbuhan yang menghijau dan jarang sekali dijumpai di tempat-tempat yang lain. Sebagai contoh, bunga yang terbesar di dunia iaitu Bunga Raflesia boleh didapati di sini. Kemudahan seperti dewan, Chalet dan tempat khas untuk berkelah sangat sesuai untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti bersama.

Dalam pada itu juga, pengunjung berpeluang untuk mengadakan aktiviti jungle tracking di dalam hutan simpan Lata Jarum. Ekspedisi tersebut akan membawa pengunjung menjelajah hutan jauh ke dalam hingga ke tempat di mana bunga raflesia tumbuh




Sunday, 10 December 2017

CHERATING

sesiapa yang menginginkan ketenangan sambil menghirup udara pantai yang segar serta menikmati pemandangan yang cantik maka pantai Cherating adalah tempat yang harus dituju. Pantai ini terletak 30 km daripada bandar Kuantan dan berada di jalan utama Kuantan ke Terengganu.





Pantai ini terkenal dengan kecantikan pantainya yang halus serta hidupan unik yang tinggal di sini. Sebagai contoh, hidupan penyu sering menjadi tarikan utama pengunjung kerana habitat mereka yang hanya berada di sesebuah tempat sahaja. Pengunjung berpeluang untuk melihat telur prnyu menetas di tepi pantai dan dapat menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak penyu yang baru meneetas itu bergerak menuju ke laut. Ianya pasti akan menjadi satu peristiwa yang menakjubkan bagi pengunjung yang pertama kali menyaksikannya.


Pengunjung juga dapat merasakan pengalaman seperti meluncur, mencanting batik serta menaiki bot dan menjelajah lautan di sekitar pantai tersebut. Semestinya ia akan menjadi satu pengalaman yang menarik bagi para pengunjung.

GAMBANG WATERPARK

Destinasi yang perlu dituju oleh sebuah keluarga di Pahang haruslah tempat yang penuh dengan keseronokkan di mana mereka dapat menikmati keindahan di samping berhibur dengan kemudahan yang disediakan. Oleh itu, tempat yang disarankan untuk keluarga yang mencari destinasi sedemikian perlu berkunjung ke Gambang Waterpark. Taman tema air yang merupakan antara yang terbaik di Malaysia ini menyediakan pelbagai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Pernah dinobatkan sebagai taman tema terbaik di Malaysia pada tahun 2011 pasti menjanjikan kemudahan serta aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di sana. Terletak berhampiran dengan bandar Kuantan membuatkan destinasi ni lebih menarik dan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka inginkan.


Antara yang menjadi tarikan pengunjung di taman tema ini ialah Penguin island, Cocoa Beach Tree Top Hills Slide dan banyak lagi. Bagi pengetahuan tambahan anda semua, taman tema ini dibuka pada :


isnin-khamis
10,30 am-6.30 am





TASIK BERA

Tasik Bera merupakan antara tasik lindungan dibawah kerajaan Malaysia. Dengan kelebaran sebanyak 35 kilometer membuatkan tasik ini merupakan antara tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia. Kepelbagaian ekosistem yang terdapat di tasik ini menambahkan lagi fakta keunikannya. Sebagai contoh, terdapat 94 jenis spesis ikan dan 200 jenis burung yang menjadikan Tasik Bera sebagai habitat.

Sebagai pengetahuan tambahan kepada anda semua, tasik ini juga merupakan tempat tinggal suku kaum orang asli sejak berkurun lamanya. Mereka menetap di tasik ini dan mneruskan hidup dengan cara menanan padi, pisang dan sebagainya. Pengunjung berpeluang untuk dating serta melawat mereka semasa dating berkunjung di sini.

Sekiranya anda merupakan seorang penggemar akan alam semula jadi , maka TasikBera merupakan derstinasi yang tepat. Hal ini kerana, anda boleh menjelajah persekitaran tasik ini dengan menaiki bot secara santai. Tambahan pula, keindahan serta keunikan ekosistem yang terdapat di sini pasti membuatkan anda tidak puas untuk menikmatinya.



TELUK CEMPEDAK

Satu daripada tempat yang saya sarankan anda semua untuk kunjungi di Pahang ialah Teluk Cempedak. Pusat peranginan yang terletak 5 kilometer dari pusat bandar Kuantan ini adalah destinasi yang sering dipenuhi dengan pengunjung tempatan dan luar Negara. Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai TC ini terkenal dengan pantainya yang cantik dan kemudahan yang disediakan di situ. Jika anda mengunjungi tempat tersebut, pasti anda akan berpuas hati kerana segala-galanya telah disediakan di situ


 




Terdapat juga hotel serta resort yang berdekatan dengan pusat peranginan ini. Antaranya adalah seperti Anjungan Beach Resort, Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Puteri Bayu Beach Resort dan banayak lagi.



Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati semua yang disediakan di sini. Saksikan keindahan alam, flora dan fauna, serta menikmati permandangan indah yang terdapat di teluk campedak.