Monday, 13 November 2017

KUANTAN, ONE OF THE BEST IN PAHANG

Kuantan ialah daerah dan ibu negeri PahangMalaysia. Daerah ini merupakan antara bandar yang terbesar di Malaysia. Mengikut statistik penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan yang mengadap ke Laut China Selatan. Sebelum ini status ibu negeri atau pusat pentadbiran negeri Pahang ialah Kuala Lipis namun telah berpindah ke Kuantan sejak dari tahun 1976.









Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati oleh pelancong di Kuantan. Keindahan alam yang terdapat di sana juga merupakan salah satu faktor mengapa ianya merupakan destinasi yang wajib dilawati. Antara tempat yang menarik di bandar ini ialah, Gambang water park, Stadium Darul Makmur, Teluk Cempedak, Tasik Chini dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik.




(Stadium Darul Makmur)

Menjadi salah satu tempat kunjungan penduduk semasa menyaksikan perlawaban kelab bola sepak tempatan








(Tasik Chini)

Salah satu tempat yang dipenuhi dengan keindahan alam semula jadi disamping menyimpan banyak lagenda-lagenda dongeng yang diceritakan oleh orang-orang pada zaman dahulu.