Raub merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam negeri Pahang. Pada asalnya, tempat merupakan salah satu tempat perlombongan emas dan sehingga hari ini, kegiatan perlombongan masih lagi dijalankan. Penduduk tempatan menamakan daerah ini sebagai " Raub" berdasarkan nama alat yang digunakan untuk Daerah kecil ini terletak 110 km daripada ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Daerah Raub juga merupakan jalan alternatif untuk pengunjung pergi menuju ke Kelantan. Walaupun daerah yang mempunyai 7 mukim ini merupakan daerah yang kecil namun terdapat beberapa tempat menarik yang para pengunjung boleh lawati. Antaranya adalah Latar Jarum, Pulau Chekas, Laman Persona, Taman Tasik Raub dan Jeram Besu. Tempat-tempat tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti kecantikan flora dan fauna yang dapat memberi ketenangan kepada pengunjungnya.
Pada pendapat saya, tempat ini adalah salah satu tempat yang wajar dilawati oleh para pengunjung kerana walaupun ianya merupakan bandar yang kecil, namun mempunyai tempat peranginan yang indah pada harga berpatutan. Oleh itu, dijemput anda semua untuk berkunjung ke sini untuk menikmati pemandangannya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati pengalaman baru dan suasana peranginan yang unik lagi menarik. Tempat ini mempunyai kawasan strategik yang boleh memudahkan pengunjung untuk mencari dan berrkunjung ke sini. Jangan lepaskan peluang anda.